My Add

Wednesday 9 January 2013

Desak polis tegas halang Himpunan Shamsidar

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Januari, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung Himpunan Shamsidar yang dirancang diadakan di ibu negara pada Sabtu ini dipercayai didalangi pemimpin pakatan pembangkang.

Perkasa yang turut mewakili beberapa NGO lain membuat laporan tersebut bagi meminta pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu yang dijangka mencetuskan rusuhan.

Menurut Timbalan Ketua Penerangannya, Abdullah Mansor, peserta perhimpunan itu dikatakan akan berhimpun di Dataran Merdeka mulai Jumaat hingga Ahad.

Katanya kemuncak himpunan itu adalah pada Sabtu.

"Kami mendapat maklumat perhimpunan ini akan dibuat di beberapa lokasi di ibu negara, antaranya Stadium Merdeka, Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Masjid Negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment