My Add

Thursday 24 January 2013

Dr. Rozmey peruntuk RM20 juta bina semula Gaza

 *CHE Rozmey Che Din (dua dari kanan) bersama barisan pengurusan dR Rozmey Group menunjukkan cek bagi pembinaan masjid Nour Ar Rozmey di Palestin di Jitra, Kedah, semalam.

KUBANG PASU, RABU, 23 Januari, 2013: Usahawan produk kesihatan, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din memperuntukkan sumbangan RM20 juta untuk membangunkan semula bumi Palestin termasuk membina sebuah masjid bernilai RM1.5 juta yang musnah akibat serangan tentera Israel.

Beliau yang juga Presiden dR Rozmey Group (dRG) berkata, sumbangan peribadi itu bagi menjayakan pelan pembangunan selama lima tahun menerusi empat teras utama iaitu penajaan anak syuhada dan yatim, pembangunan perumahan dan infrastruktur, pembinaan masjid serta pembangunan hospital.

Katanya, buat permulaan, sebanyak RM1.5 juta disumbangkan untuk membina sebuah masjid dinamakan sebagai Nour Ar Rozmey di Khan Yunis, Gaza dan RM500,000 disalurkan untuk program realiti Rebuilt Gaza tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment