My Add

Monday 14 January 2013

Dua peguam ada hak saman PM, TPM dan kerajaan

Oleh NORLIZAH ABAS


PUTRAJAYA, ISNIN, 14 Januari, 2013: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan dua peguam mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk menyaman Perdana Menteri dan timbalannya serta kerajaan Malaysia atas dakwaan berlaku diskriminasi dalam penyaluran bantuan kewangan kepada sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) Tamil.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Kota Alam Shah, M. Manoharan dan Ketua Umum sebuah pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Uthayakumar.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengarahkan agar saman tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment