My Add

Monday 14 January 2013

Duit Lisa Surihani RM50,000 lesap tiba-tiba

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013:. Bukan sedikit, tetapi beliau kehilangan daripada akaun bank sebanyak RM50,000. Itulah jumlah kerugian pelakon popular tanah air, Lisa Surihani apabila wangnya secara ‘tiba-tiba’ lesap daripada akaun peribadinya, baru-baru ini.

Isteri Yusry KRU itu telah pun membuat laporan di Balai Polis Bangi, Jumaat lalu sebaik sahaja menyedari keadaan itu.

Menurut Lisa, beliau menyedari perkara itu ketika ingin mengeluarkan wang pada hari yang sama di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Saya pelik kerana tidak boleh mengeluarkan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM) seperti biasa. Kemudian saya terus ke kaunter dan menyedari bahawa sejumlah besar wang dalam akaun itu telah pun lesap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lisa berharap dengan bantuan pihak bank dan pihak berkuasa, masalah itu dapat diselesaikan segera dan dia berjaya mendapatkan semula wang berkenaan.

“Bila laporan siasatan sudah diberitahu kepada saya nanti, saya akan beritahu lebih lanjut bagaimana masalah ini terjadi.

“Ini pentIni penting supaya menjadi pengajaran buat orang lain juga. Buat masa sekarang saya tidak boleh kongsi banyak mengenai perkara ini kerana ia masih lagi di bawah siasatan pihak polis," beritahu Lisa. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment