My Add

Thursday 24 January 2013

Elak pembangkang manipulasi isu kewarganegaraan

PUTRAJAYA, RABU, 23 Januari, 2013: Pemuda MIC menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera menyelesaikan isu kewarganegaraan melibatkan penduduk keturunan Cina dan India di negara ini bagi mengelakkan pembangkang memanipulasi perkara itu dengan isu kerakyatan di Sabah.

Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh berkata, isu kewarganegaraan membabitkan kira-kira 15,000 penduduk kaum India perlu diselesaikan, sebagaimana kerajaan memberi kerakyatan untuk 200,000 pendatang asing di Sabah seperti yang dimaklum kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Isu ini sangat sensitif dan harus diberi perhatian kerana terdapat penduduk kaum India yang tinggal lebih 50 tahun di Malaysia tetapi tidak mendapat hak kewarganegaraan, pada hal pendatang asing di Sabah telah mendapatkan kerakyatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment