My Add

Monday 21 January 2013

Elaun kesukaran guru bertugas di pendalaman

GUA MUSANG, ISNIN, 21 Januari, 2013: Elaun kesukaran bagi setiap guru yang mengajar di sekolah pedalaman Hulu Kelantan khususnya di perkampungan Orang Asli masih dikekalkan dengan kadar RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPNK), Zahari Daud berkata, kadar ditetapkan Kementerian Pelajaran itu mengikut jarak dan kesukaran laluan bagi setiap guru terbabit untuk mengajar di sekolah berkenaan.

"Elaun khusus itu bagi memberi perangsang kepada guru untuk terus berkhidmat di sekolah pedalaman terutama bagi memberi pendidikan lebih sempurna dan cemerlang kepada anak Orang Asli,” katanya

Zahari berkata, Daerah Gua Musang mempunyai 11 sekolah rendah di perkampungan Orang Asli manakala sebuah sekolah di Sungai Rual, Jeli membabitkan keseluruhan 205 guru yang layak mendapat elaun kesukaran tersebut.

Beliau berkata, kategori guru yang paling layak mendapat elaun RM1,500 sebulan itu adalah dalam kalangan mereka yang mengajar di tiga sekolah paling jauh dan menghadapi pelbagai kesukaran perjalanan iaitu SK Balar, Bihai dan SK Sri Permai.

"Mereka yang mengajar di sekolah berkenaan mendapat kepercayaan penuh daripada jabatan dan kementerian kerana kemampuan memberi pendidikan kepada anak Orang Asli yang masih dikategorikan lemah.

"Bagaimanapun, kita mengharapkan dengan adannya guru pelatih yang melakukan praktikal di sekolah terbabit mampu membawa kemajuan dan kecemerlangan selepas ini,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment