My Add

Thursday 17 January 2013

Elaun tetap rumah penjawat awam naik kepada RM480?

 OMAR OSMAN... Presiden CUEPACS
 MELAKA, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu.

"Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.

"Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak di sini hari ini.

Omar berkata, pihaknya juga memohon kerajaan segera mempertimbang dan meluluskan permohonan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment