My Add

Wednesday 9 January 2013

Empat maut cuaca buruk landa Israel

 *PENGGUNA jalan raya terpaksa keluar dari kenderaan 
selepas kebanyakan jalan utama ditutup berikutan banjir
 melanda Tel Aviv, semalam. - Foto AFP
 LEBUHRAYA Ayalon dipenuhi air berikutan hujan lebat 
danangin kencang melanda Tel Aviv, semalam. - Foto REUTERS

 BAITULMAQDIS, RABU, 09 Januari, 2013: Cuaca yang melampau, termasuk hujan lebat dan angin kencang, membunuh empat orang di Israel dan wilayah Palestin lewat malam tadi, berikutan banjir melanda Timur Tengah.

Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta mereka dihanyutkan air deras di bandar Attil, Tebing Barat.

Tiga penduduk lagi mati awal pagi tadi selepas kereta yang dinaiki diterbangkan ribut di lebuh raya Tel Aviv-Baitulmaqdis, manakala 12 lagi parah susulan nahas jalan raya berikutan cuaca buruk di seluruh Israel. - AFP

No comments:

Post a Comment