My Add

Wednesday 16 January 2013

Empat NGO Kedah buat laporan terhadap Guan Eng, Hadi dan Anwar

ALOR SETAR, RABU, 16 Januari, 2013: Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap tiga pemimpin parti pembangkang berkenaan cadangan menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar itu dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Empat pertubuhan berkenaan adalah Pertubuhan Silat Garuda Malaysia (PSGM), PSGM Kedah serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kota Setar dan Kedah.

Yang Dipertua PSGM Kedah, Mansor Ahmad yang mewakili NGO terbabit berkata laporan itu menuntut pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap ketiga-tiga mereka bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Mereka juga mahu mendengar pendirian Lim selepas Pas menarik balik sokongan mereka terhadap saranan Lim dan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment