My Add

Monday 14 January 2013

Enam pelatih Palestin di USM tidak sabar mahu pulang

 *SALAH seorang pelatih Palestin menunjukkan kaki palsu yangdihasilkan untuk Rohana Hassan sambil diperhatikan OmarOsman (kiri) di Kampus Kesihatan USM, KotaBharu semalam.
KOTA BHARU, AHAD, 13 Januari, 2013: Enam pelatih dari Gaza, Palestin teruja untuk pulang ke negara mereka setelah lebih enam bulan mengikuti Latihan Pembuatan Anggota Palsu di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian di sini.

Mereka ialah Mohammed Jamel Ibrahim Hamdan, 21; Ahmed Akram Mohammed Abuharbid, 20; Omar Soubhi Mahmoud Roubi, 22; Abed Elraheem Ahmed Mahmoud Allouh, 21; Mousa Ismaeel Sobhi Muqat, 21, dan Yusef Jamal Ahmad Abbas, 21, yang menerima sijil tamat latihan daripada Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman pada satu majlis di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden YAM, Hussin Ismail; Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr Mafauzy Mohamed.



No comments:

Post a Comment