My Add

Wednesday 9 January 2013

Fitnah PM, JMM buat laporan polis

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Januari, 2013: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu artikel di dalam blog Sarawak Report yang mendakwa terdapat desas-desus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diserang strok yang ringan baru-baru ini.

Laporan itu dibuat oleh Presiden JMM, Azwanddin Hamzah di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira- kira pukul 11.30 pagi.

Azwanddin ketika ditemui selepas membuat laporan itu memberitahu, artikel bertajuk 'Najib Stroke?' tersebut jelas berbaur fitnah dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri selain mengelirukan rakyat.

"Kita minta polis menjalankan siasatan terhadap artikel itu yang dianggap boleh menjejaskan imej, ekonomi dan keselamatan negara," katanya.

Dalam laporan disiarkan pada 5 Januari lalu itu, Najib didakwa mengalami masalah kesihatan yang dikaitkan dengan skandal dihadapinya termasuk kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan wang sogokan dari urusan pembelian kapal selam Scorpene.

Artikel tersebut turut menyentuh mengenai kegemaran isteri Perdana Menteri terhadap barang kemas serta hubungannya dengan bekas penjual karpet, Deepak Jaikishan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment