My Add

Saturday 12 January 2013

Ganggu kawasan tadahan air: 12,000 protes kerajaan Pas

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
*SEBANYAK 238 bas membawa para penduduk dari seluruh Kedah
untuk menyertai perhimpunan aman melibatkan kira-kira 12,000 orang 
dan menyaksikan sendiri lokasi pembalakan
*SEBAHAGIAN daripada kira-kira 12,000 penduduk Kedah dan beberapa negeri lain berhimpun secara aman di Charok Batang Padi dekat sini hari ini,bagimembantah pembalakan oleh kerajaan Pas Kedah yang menjejaskankawasan tadahan air berhampiran Tasik Pedu. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI


PADANG TERAP, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Bantahan terhadap penerokaan balak di kawasan tadahan air tiba ke kemuncaknya apabila lebih 12,000 penduduk di negeri ini dan dari luar berhimpun secara aman di Charok Batang Padi dekat sini hari ini sebagai memprotes tindakan Kerajaan Pas Kedah itu.
Kumpulan tersebut yang menaiki 238 buah bas dari seluruh negeri ini selain dari Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor berhimpun selama tiga jam di kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 3 petang.

Para peserta membawa pelbagai sepanduk antaranya tertera tulisan 'Pembalakan Tanpa Kawalan Kerajaan Negeri Akibatkan Hakisan, 'Pertanian Di Kawasan Takungan Akibat Rakyat Minum Air Racun Dan Baja' dan 'Kawasan Tasik Pedu Untuk Tadahan Hujan, Bukan Untuk Pembalakan' yang menjelaskan kebimbangan mereka terhadap aktiviti penerokaan hutan tersebut.

Perhimpunan itu diketuai Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd. Yusof Ismail.

Utusan Malaysia menerusi siri laporan khas sebelum ini mendedahkan Kedah kini berdepan ancaman bencana alam khususnya banjir lumpur dalam skala besar ekoran pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air sekali gus mengundang reaksi bantahan daripada pelbagai pihak.

Kerajaan Pas Kedah juga dilaporkan menjalankan aktiviti penerokaan hutan di Gunung Inas, Baling untuk memajukan 5,000 hektar tanah bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera manakala kira-kira 350 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu diteroka bagi tujuan projek agro pelancong. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment