My Add

Tuesday 8 January 2013

Gelombang panas dijangka burukkan kebakaran di Australia

 *JULIA Gillard (dua dari kanan) bermesra dengan kakitangan bilik kawalan 
bencana di pulau Tasmania, semalam. - AGENSI

SYDNEY, ISNIN, 07 Januari, 2013: Gelombang panas dijangka terus melanda Australia dalam beberapa hari akan datang dan memburukkan lagi kebakaran hutan yang melanda lima negeri.

Perdana Menteri, Julia Gillard yang melawat negeri Tasmania berjanji menyediakan bantuan kepada mangsa kebakaran yang bermula di negeri itu sejak Jumaat lalu.

Beliau memberi amaran kepada semua rakyat Australia supaya berhati-hati ketika suhu dijangka terus meningkat dalam beberapa hari akan datang.

''Kita tinggal di negara yang panas dan kering serta berlakunya kebakaran secara berjadual, jadi akan ada risiko.

''Apa yang kita tahu ekoran perubahan cuaca, kita akan melihat keadaan dan cuaca melampau,'' katanya.

Polis Tasmania berkata, kira-kira 100 orang yang dibimbangi hilang dalam kebakaran hutan itu telah ditemui dan setakat ini tiada kematian dilaporkan.

Kebakaran hutan berlaku di lima dari enam negeri di Australia dengan 90 kebakaran dilaporkan berlaku di New South Wales dan kawasan pergunungan di sekitar Canberra.

Keadaan kebakaran yang teruk diramalkan berlaku esok seperti yang berlaku pada 2009, apabila kebakaran hutan di Victoria menyaksikan 173 orang maut dan kerosakan harta benda bernilai AS$4.4 bilion (RM13.64 bilion).

Polis kini memeriksa runtuhan rumah dan kereta yang musnah dalam kebakaran bagi mencari mangsa ketika memindahkan penduduk dan pelancong. - REUTERS

No comments:

Post a Comment