My Add

Wednesday 23 January 2013

Gempa bumi landa Aceh, 1 maut, 7 cedera

 *Pendduduk Aceh berkumpul di kawasan lapang selepas gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter menggegar bandar tersebut, semalam.

Oleh Saharudin Musthafa

JAKARTA, SELASA, 22 Januari, 2013: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Aceh pada pagi ini telah menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut dan tujuh orang cedera.

Kesemua mangsa gempa bumi itu ditimpa serpihan runtuhan bangunan rumah.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu berasal dari Kampung Mane, di daerah Pidie sementara mangsa yang cedera pula dari Kampung Mane, Kampung Pulo Loh dan Kampung Leupu, juga di daerah Pidie.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, gempa bumi di kawasan Barat daya Aceh pada pukul 5.22 pagi itu telah menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Pidie hancur dan sejumlah rumah lain rosak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment