My Add

Friday 18 January 2013

Guan Eng masih enggan jawab isu kalimah Allah

GEORGETOWN, JUMAAT, 2013: 18 Jan. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan menjawab dan mengelak daripada cubaan wartawan sekali lagi untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan Pas menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

"Saya tidak akan bercakap di hadapan media Barisan Nasional (BN)," itu alasan Lim apabila wartawan meminta komennya selepas majlis sambutan Thai Ponggal di pejabat Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau kemudian beredar meninggalkan majlis dengan senyum sinis kerana wartawan terus mengejarnya.

Isu kalimah Allah dibangkitkan oleh setiausaha agung DAP itu dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Pas dan pemimpinnya termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain, menurut Nik Aziz, adalah mengarut. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment