My Add

Tuesday 22 January 2013

Guan Eng 'rimas' diasak pemberita

PULAU PINANG, ISNIN, 21 Januari, 2013: Selepas tersentak dengan 'pusingan-U' yang dibuat oleh pemimpin Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negara ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat terus selesa untuk mengambil pendekatan mengunci mulut.

Beliau yang juga Ketua Menteri kelihatan 'rimas' apabila pemberita sekali lagi memintanya mengulas tentang perkara itu dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Guan Eng yang hadir bersama Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy berkata, beliau hanya mahu menjawab soalan berkaitan dengan penganjuran satu program larian pada hari sambutan Thaipusam nanti yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan penganut Hindu di negeri ini.

"Saya hendak bercakap tentang hal sidang akhbar ini sahaja. Ada apa soalan lagi?" katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment