My Add

Tuesday 15 January 2013

Hadi Awang,  Mat Sabu akhirnya akur keputusan Majlis Syura

Oleh RADHUAN HUSSAIN


 ABDUL HADI AWANG... Presiden Pas.

KUALA TERENGGANU, SELASA, 15 Januari, 2013: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya akur dengan pendirian terbaharu Mesyuarat Majlis Syura UIama parti itu kelmarin dan beliau senada dengan kenyataan bertulis Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditanda tangani bersama timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Bagaimanapun Abdul Hadi gagal dihubungi sebaliknya memberikan respons itu menerusi pembantu khasnya, Zaihan Daud ketika dihubungi di sini hari ini sambil mengesahkan Presiden Pas itu ketika ini kurang sihat.

Nenurut Utusan Malaysia, Zaihan yang enggan mengulas lanjut mengenainya berkata, isu berkenaan disifatkan telah selesai dan menegaskan pendirian Abdul Hadi adalah sama dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata, pendirian Presiden Pas mengenai kalimah Allah telah diperjelaskan dalam kenyataan bertulis Abdul Hadi semalam iaitu sehari selepas kenyataan Majlis Syura Ulama.

 MOHAMAD SABU... Timbalan Presiden Pas.

Dari KOTA BHARU Bernama melaporkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Senyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. -

No comments:

Post a Comment