My Add

Tuesday 8 January 2013

Himpunan Shamsidar bercanggah dengan Islam - Ismail Mina

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Januari, 2013: Umat Islam diseru mengelakkan diri daripada terlibat dengan Himpunan Shamsidar yang dijadualkan Sabtu ini, kerana matlamat perhimpunan tersebut bercanggah dengan ajaran Islam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, perhimpunan berkenaan bercanggah dengan akhlak agama kerana matlamatnya hanya untuk menutup perbuatan mungkar seorang individu.

"Sekiranya ada perkara yang berkaitan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin, perkara itu perlu diselesaikan melalui proses di mahkamah, bukan di jalanan.

"Daripada perspektif Islam, Himpunan Shamsidar bercanggah dengan akhlak agama seperti yang dilakukan golongan Khawarij yang mahu menobatkan pemikiran mereka melalui proses yang tidak Islamik," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment