My Add

Monday 14 January 2013

Himpunan Shamsidar: KDN serah kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan susulan terhadap salah laku yang dibuat oleh para peserta himpunan pembangkang termasuk dakwaan membawa kanak-kanak ke himpunan itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan menjadikan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai rujukan utama atas segala tindakan yang bakal diambil.

Bagaimanapun secara keseluruhan beliau mengakui himpunan itu berjalan lancar berikutan tiada insiden buruk yang berlaku.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tiada berlaku insiden buruk yang boleh menjejaskan keamanan sepanjang himpunan berlangsung. Bagi saya ini juga merupakan landskap baru dalam politik negara kita,’’ katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan Dan Hak Asasi bertemakan `Hak dan Tanggungjawab: Antara Harapan Dengan Cabaran’ di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment