My Add

Saturday 12 January 2013

Himpunan Shamsidar: Polis sahkan tiada bahan letupan

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD

KUALA LUMPUR, SABTU,, 12 Januari, 2013: Polis mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di perkarangan Suria KLCC dan Lebuh Pasar dekat sini sempena Himpunan Shamsidar yang dianjurkan pembangkang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dua kawasan tersebut disahkan selamat oleh Unit Pemusnah Bom selepas menerima laporan kira-kira pukul 8 pagi ini.

"Di perkarangan Suria KLCC, hanya kotak berisi peralatan mekanik seperti spanar dijumpai polis dan pihak kami telah memusnahkan bahan tersebut.

"Manakala, di Lebuh Pasar hanya bungkusan kosong ditemui dan kedua-dua kawasan ini disahkan selamat kepada orang awam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Terdahulu, suasana panik tercetus apabila sebuah kotak dan plastik yang berada pada sebuah basikal berdekatan lampu isyarat di Suria KLCC berada dalam keadaan mencurigakan.

Berikutan itu, polis terpaksa menutup Jalan Ampang menghala KLCC kepada lalu lintas bagi mengelak kejadian tidak diingini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment