My Add

Friday 11 January 2013

Himpunan Shamsidar susahkan rakyat

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Rancangan pakatan pembangkang mengadakan Himpunan Shamsidar pada Sabtu ini wajar dibatalkan kerana menyusahkan rakyat terutamanya pemandu teksi dan peniaga di ibu kota.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka hari ini mendapati rata-rata pemandu teksi dan peniaga bimbang himpunan tersebut menjejaskan pendapatan mereka.

Pemandu teksi, Hamzah Mohd. Isa, 63, bimbang bukan sahaja pendapatan sehariannya terjejas malah penganjuran himpunan itu juga boleh menjejaskan imej negara.

Sehubungan itu, tegasnya, perhimpunan itu, tidak sewajarnya diadakan kerana lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Seorang lagi pemandu teksi, Mazlan Yusuf, 38, memilih untuk tidak memasuki kawasan Kuala Lumpur terutama kawasan terbabit bagi mengelak kerugian serta jalan sesak akibat penutupan jalan-jalan utama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment