My Add

Sunday 13 January 2013

Ibu terkejut anak suspek kes rogol

 *SEORANG wanita menjerit ke arah polis semasa menyertai tunjuk perasaan di Mumbai, semalam bagi memperingati kematian pelajar perubatan wanita yang terbunuh dalam kejadian rogol berkumpulan di New Delhi, baru-baru ini. - REUTERS

NEW DELH, SABTU,I 12 Januari, 2013: Seorang wanita di negeri Uttar Pradesh, hari ini dikejutkan dengan berita bahawa anak lelakinya yang disangka sudah meninggal dunia, terlibat dalam kes jenayah rogol berkumpulan yang mencetuskan gelombang kemarahan di seluruh India.

Wanita tersebut merupakan ibu kepada suspek juvenil yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan bersama lima lain di dalam sebuah bas pada pertengahan bulan lalu.

Dalam wawancara bersama Reuters, wanita tersebut menceritakan anak lelakinya itu meninggalkan rumah pada usia 11 tahun, dan sejak itu, dia tidak lagi bertemu dengan anaknya itu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment