My Add

Tuesday 15 January 2013

Indeks ketegangan masyarakat terkawal

PUTRAJAYA, ISNIN, 14 Januari, 2013: Indeks Ketegangan Masyarakat (SSI) di negara ini adalah terkawal berikutan kemampuan kerajaan menangani pelbagai bentuk demonstrasi, konflik antara kaum serta isu-isu sensitif sepanjang tempoh lima tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan berkata, kajian mendapati hanya kes demonstrasi, pergaduhan dan konflik di kalangan masyarakat berlaku sepanjang tempoh itu di mana 2008 mencatatkan indeks tertinggi iaitu 27.9 kes per sejuta penduduk.

"Kita menyasarkan indeks itu tidak melebihi 25 kes per sejuta penduduk bagi setiap tahun namun, pada 2008 indeks tersebut meningkat disebabkan negara baru selesai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-12 dan suasana masih panas disebabkan wujud isu-isu sensitif, serangan serta pergaduhan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment