My Add

Saturday 12 January 2013

Integriti penting kepada pemimpin

*JULIE Lydon mempersembahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang Universiti Glanmorgan, Wales kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, seseorang pemimpin yang memegang kedudukan tertinggi dalam pentadbiran negara atau organisasi perlu mempunyai integriti.

Baginda bertitah, penyalahgunaan kuasa hanya akan membawa kepada standard pelaksanaan pengurusan yang lemah dan tidak adil.

"Ini jelas, sekiranya individu yang berada di kedudukan tertinggi sesebuah organisasi tidak menitik-beratkan tadbir urus baik, maka orang bawahannya akan mempunyai standard yang rendah serta mengikuti jejak ketua mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment