My Add

Sunday 20 January 2013

Isma tubuh Biro Politik kaji realiti politik tanah air

BANGI, SABTU, 19 Januari, 2013: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) semalam mengumumkan mereka akan menubuhkan biro politik selari dengan perkembangan politik tanah air.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman (gambar) berkata, penubuhan biro politik itu juga disebabkan perkembangan politik tanah air yang kini diambang Pilihan Raya Umum ke-13.

Selain itu, Abdullah Zaik turut menambah, biro politik Isma juga adalah sebagai tuntutan fikrah yang meletakkan politik sebahagian daripada medan perjuangan Ikatan itu.

“Atas cadangan daripada pelbagai pihak di dalam Isma, dan juga rakan-rakan yang bersama-sama menyokong agenda kami, Jawatan Kuasa Pusat Isma telah memutuskan untuk menubuhkan suatu biro baru yang kita namakan Biro Politik Isma.

“Tiga objektif utama penubuhan biro ini iaitu menyampaikan pandangan politik Isma kepada masyarakat, membuat kajian realiti politik semasa dan mencadangkan langkah yang perlu diambil berdasarkan perkembangan politik Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment