My Add

Thursday 10 January 2013

Istana Budaya anjur Konsert Klasikal Romantique

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Istana Budaya (IB) akan menganjurkan Konsert Klasikal Romantique, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pada 19 Januari ini, bermula pukul 8.30 malam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, konsert pimpinan konduktor terkenal, Mustafa Fuzer Nawi itu bakal menampilkan pemain piano, Loo Bang Hean menerusi lagu-lagu Symphony No. 2 ciptaan Rachmaninov, Capriccio Espagnol (Nikolai Rimsky Korsakov) dan Piano Concerto No. 2 (Frederic Chopin).

“Penganjuran kali ini adalah sebagai pengenalan dalam usaha IB untuk memperkenalkan konsert orkestra," ujarnya.

Tiket yang dijual bermula pada harga RM30, RM50 dan RM70 yang boleh didapati dengan menghubungi 03-40265558/ 03-41478600 atau layari www.ticket2u.biz. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment