My Add

Sunday 20 January 2013

Jangan politikkan bidang pendidikan - Najib

TUMPAT, AHAD, 20 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan.

Najib berkata, biar apa sahaja andaian pembangkang terhadap usaha kerajaan itu, namun kerajaan tetap berpendirian pendidikan adalah untuk melahirkan generasi yang berpegang pada keimanan dan ilmu yang tinggi.

"Inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan, ada kata ia sistem kebangsaan tetapi pengisiannya adalah untuk melahirkan anak bangsa yang beriman dan berilmu.

"Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 orang termasuk 3,000 pelajar di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wakaf Baharu di sini hari ini.

Perdana Menteri berada di sekolah itu kira-kira sejam bagi menghadiri Program Perhimpunan Pagi dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013 kepada tiga buah sekolah iaitu SK Sri Wakaf Baharu, SK Wakaf Baharu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Baharu.

Ini adalah program pertama Najib menyampaikan bantuan berkenaan kepada pelajar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment