My Add

Saturday 12 January 2013

Jangan tertipu lagi dengan janji pembangkang - PM


*NAJIB Razak bersalaman dengan orang ramai sempena Program
Bersama Rakyat di pekarangan Dataran Tesco Bandar Rincing,
Semenyih, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamza
h
HULU LANGAT, SABTU, 12 Januari, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi mengingatkan rakyat tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang seperti mana mereka ditipu pada pilihan raya umum lalu.

Tegas Perdana Menteri, janji-janji pembangkang itu terbukti hanyalah janji kosong dan mereka mengamalkan politik membohongi rakyat semata-mata untuk mengejar kuasa.

"Mana perginya janji nak beri bantuan kepada ibu tunggal di Selangor? Janji air percuma? Ini semua tak betul. Oleh itu jangan kena tipu sekali lagi. Jika mereka janji lagi, jawablah 'Jangan janji Kampung Buah Pala'. Sebabnya, pembangkang pergi kampung itu janji penduduk akan duduk kekal di sana.

"Tetapi mereka gagal tunai janji. Mereka janji kosong. Berbeza kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tepati janji. Malah kita bina rumah untuk penduduk kampung tersebut," katanya ketika berucap dalam program bersama rakyat anjuran IPF Selangor di Semenyih, di sini.

Najib turut membidas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang bertindak menuding jari menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kerajaan BN dalam krisis air yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.

"Ini bukan caranya nak tuding jari. Selesaikanlah masalah air. Tetapi kita nak buka stesen pam air tambahan, mereka tak luluskan. Ini secebis sahaja apa yang akan berlaku pada 2014. Jika tak selesai, ia akan mengundang malapetaka di Selangor dan Lrmbah Klang.

"Saya sedih lihat orang yang menetap di rumah flat angku - UTUSANt air. Ini saya nak beri jaminan, bagi mandat kepada BN, kita akan selesaikan masalah air dengan segera," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment