My Add

Friday 11 January 2013

Jepun kerah jet tempur halau pesawat China

TOKYO, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Jepun mengerahkan beberapa jet tempur tenteranya untuk menghalau sejumlah pesawat tentera China yang memasuki ruang udara kawasan pertikaian di Laut China Timur, semalam.

Rangkaian televisyen Fuji TV yang memetik kenyataan pegawai kerajaan Jepun melaporkan, pesawat China itu dikesan oleh radar tentera Jepun apabila memasuki ruang udara kepulauan Senkaku yang dikenali sebagai Diaoyu di China.

Laporan itu menyebut, pesawat tempur China itu beredar sebaik sahaja jet perang F-15 tentera udara Jepun yang berlepas dari pangkalan udara pulau Okinawan tiba di kawasan pertikaian tersebut.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Jepun enggan mengulas lanjut insiden tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment