My Add

Monday 14 January 2013

Jerebu makin teruk, penduduk China mula marah

BEIJING, ISNIN, 14 Januari, 2013: Penduduk China hari ini melahirkan kemarahan di atas peningkatan pencemaran udara ke tahap berbahaya yang menyaksikan ibu negara ini diselubungi jerebu tebal ketika media rasmi mempersoalkan ketelusan pentadbiran negara dan peningkatan projek pembangunan negara ini.

Media rasmi menyertai pengguna Internet meminta penilaian semula proses modenisasi China yang menyaksikan pembangunan bandar dan ekonomi mendadak tanpa mempedulikan alam sekitar.

Jerebu tebal menyelubungi utara China pada hujung minggu lalu menyebabkan jarak penglihatan terhad kepada 100 meter di beberapa kawasan dan sejumlah penerbangan dibatalkan.

Laporan menyatakan berpuluh-puluj bangunan dan sebuah kilang pembuatan kereta ditutup dalam pendekatan antipencemaran tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment