My Add

Wednesday 23 January 2013

Jualan langsung bernilai RM20 bilion menjelang 2020

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Industri jualan langsung di Malaysia dijangka mencecah nilai RM20 bilion menjelang tahun 2020.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, untuk mencapai sasaran itu, kementerian merancang pertumbuhan industri berkenaan melalui tiga fokus utama.

Tambahnya, tiga fokus itu pula dilaksanakan melalui tiga fasa iaitu 2013 hingga 2015, 2016 hingga 2018 dan 2019 hingga 2020.

"Bagi memastikan nilai jualan langsung mencecah RM20 bilion menjelang 2020, maka melalui fokus pertama, kementerian akan meningkatkan kualiti ejen dan syarikat jualan langsung untuk memastikan mereka profesional dan beretika.

"Fokus kedua pula meningkatkan pengawal selia dengan membawa masuk pakar dalam jualan langsung dan sistem peraturannya serta ketiga, menambah baik imej dan kualiti produk dan perkhidmatan yang dipasarkan," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian RBN Global Sdn. Bhd. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment