My Add

Thursday 24 January 2013

 Bapa jumpa mayat anak lemas di Kuala Sungai Pinang

BALIK PULAU, RABU, 23 Januari, 2013: Mayat lelaki yang dilapor hilang ketika memukat bersama abangnya di Kuala Sungai Pinang, di sini, ditemui oleh bapanya sendiri hari ini.

Mayat Marzuki Akhmar, 22, ditemui terapung dengan tangan kiri masih memegang topi yang dipakainya.

Ahmad Long, 55, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat itu, berkata mayat anaknya itu ditemui beberapa meter dari tempat dia dilapor hilang semalam.

"Saya bersama dua cucu saudara naik sebuah bot dan selepas dua jam mencari, saya nampak objek hitam terapung. Bila didekati saya nampak itulah kepala anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Balik Pulau di sini, hari ini.

Pada kejadian jam 10 pagi semalam, kaki Marzuki dilapor terjerut pada pukat menyebabkan dia tercampak ke dalam laut ketika air pasang.

Abangnya Mazlan, 31, dikatakan terjun ke laut untuk menyelamatkan adiknya tetapi turut lemas.

Mayat Mazlan ditemui sekumpulan nelayan tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin ketika dihubungi mengesahkan mayat kedua-dua beradik itu sudah ditemui. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment