My Add

Thursday 10 January 2013

Juruteknik didakwa bunuh isteri


*MOHD.. Syawal Abdullah ketika hadir di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR, RABU, 09 Januari, 2013: Seorang juruteknik penyaman udara yang baru enam bulan berkahwin dengan seorang remaja berusia 17 tahun, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan membunuh isterinya pada hujung Disember tahun lalu.

Mohd. Syawal Abdullah, 26, didakwa membunuh Nor Fatimah Anis Mad Radzi di rumah nombor 39, Kampung Alor Gelegah, Alor Mengkudu dekat sini pada pukul 5 pagi, 28 Disember tahun lalu.

Dakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Namun Mohd. Syawal meminta pihak mahkamah membenarkannya mendapatkan rawatan di hospital kerana mendakwa dia tidak boleh tidur disebabkan terdapat suara-suara yang menganggunya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment