Kapten kapal maut tersangkut tali kipas
MIRI, SABTU, 05 Januari, 2013: Seorang kapten kapal ditemui mati lemas selepas tersangkut pada tali kipas enjin sebuah kapal milik majikannya di Jeti Jabatan Perikanan di Krokop di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Ting Sing Haw, 48, dilihat oleh beberapa rakan sekerjanya turun menyelam untuk memeriksa keadaan enjin kapal.
Seorang rakannya yang enggan dikenali berkata, mereka mulai bimbang apabila mangsa tidak muncul di permukaan air selepas hampir setengah jam.
"Apabila dia tidak timbul, kami cuba memanggil namanya tetapi tiada sebarang reaksi jadi kami pun turun menyelam untuk memeriksa keadaan sebenar.
"Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sudah tidak bernyawa kerana tersangkut pada tali kipas enjin kapal," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment