My Add

Sunday 6 January 2013

Kaji gaji maksimum

Oleh SARAH NADLIN ROHIM


KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kadar kenaikan gaji penjawat awam yang mencapai tahap maksimum dinaikkan sebanyak lima hingga 10 peratus.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, peratusan kenaikan itu berdasarkan jumlah penjawat awam yang mencapai gaji maksimum tidak ramai iaitu kurang dari 300,000 orang.

''Kajian mengenai kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum ini sudah lama dinantikan mereka yang terlibat dan kami mengharapkan tahun 2013 akan memberikan berita baik kepada golongan tersebut.

''Namun, CUEPACS berharap mekanisme kenaikan itu tidak boleh dibuat secara pukul rata bagi memastikan keadilan kepada semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment