My Add

Friday 18 January 2013

Kajian tahfiz sebagai mata pelajaran kebangsaan

BATU PAHAT, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Kementerian Pelajaran kini dalam peringkat akhir kajian untuk menjadikan mata pelajaran tahfiz sebagai mata pelajaran kebangsaan, kata Timbalan Menteri, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, kerajaan sedar banyak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang enggan mendaftar dengan kementerian kerana khuatir kurikulum mereka termasuk mata pelajaran tahfiz disekat oleh kementerian.

"Sehubungan itu kajian untuk menyelaras kuriukulum tahfiz sebagai mata pelajaran kebangsaan telah dijalankan dan kini dalam peringkat akhir dan akan selesai tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menyampaikan bantuan khas awal persekolahan kepada 1,165 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bentara Luar di sini.

Mohd. Puad meminta pihak SAR supaya mendaftar dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan kerajaan menyalur lebih banyak bantuan seperti bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap pelajar.

"Bukan sahaja bantuan persekolahan, tetapi guru-guru mereka juga kita akan latih menjadi guru kementerian bagi membolehkan laluan kerjaya mereka lebih baik, mendapat gaji yang tetap dan berpencen,"katanya.— BERNAMA 

No comments:

Post a Comment