My Add

Saturday 12 January 2013

Kakak saman adik tuntut hutang

*ZAINON Omar (kiri) berbincang dengan Zorah Jan Mohd. Newaz selepas menfailkan saman terhadap Esa bagi menuntut hutang di Mahkamah Sesyen, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Akibat hutang tidak berbayar, seorang wanita bertindak menyaman adik lelakinya sendiri bagi menuntut hutang yang berjumlah RM320,000 sejak sembilan tahun lalu.

Saman tersebut dikemukakan oleh Zaiton Omar, 59, terhadap adiknya, Esa, 56, di Mahkamah Sesyen di sini pada Jun tahun lalu.

Esa kemudian mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman tersebut tetapi ditolak oleh Hakim Elesabet Paya Wan pada hari ini.

Dengan keputusan itu, mahkamah menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 13 Februari ini.

Pada prosiding hari ini, Zaiton selaku plaintif diwakili peguam, Zorah Jan Mohd. Newaz manakala Esa yang dinamakan sebagai defendan tidak hadir. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment