My Add

Saturday 12 January 2013

Kalimah Allah: 100 NGO bantah permintaan Guan Eng

SHAH ALAM, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Seramai 1,500 rakyat Selangor hari ini berkumpul secara aman bagi membantah permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Kesemua mereka yang merupakan sebahagian daripada ahli 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digelar NGO Prihatin Selangor itu mula berkumpul di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira pukul 2.45 petang iaitu selepas selesai solat Jumaat.

Dalam perhimpunan hampir sejam itu, mereka turut membawa beberapa kain rentang dan sepanduk.

Jurucakap NGO Prihatin Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, perhimpunan tersebut juga diadakan bagi menyokong penuh ketegasan Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membuat ketetapan dan menitahkan bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment