My Add

Monday 7 January 2013

Kalimah Allah: 20 NGO buat laporan polis

*SEBAHAGIAN 20 pertubuhan bukan kerajaan mengecam kenyataan Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah di Seri Iskandar, Perak, semalam.

SERI ISKANDAR, AHAD, 06 Januari, 2013: Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mengecam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.

Seiring dengan bantahan itu, pertubuhan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah pagi ini mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Antara NGO yang terlibat adalah Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim), Majlis Belia Daerah Perak Tengah, Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Parit dan Persatuan Sepak Takraw daerah Perak Tengah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment