My Add

Monday 14 January 2013

Kalimah Allah: NGO Kelantan buat laporan polis


*MOHD.. Syamsul Mohd. Yusoff al-hafiz menunjukkan Bible yang mengandungi kalimah Allah selepas membuat laporan polis di Balai Polis Binjai, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU, AHAD, 13 Januari, 2013: Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai beberapa pondok di negeri ini bersama guru-guru al-Quran dari kawasan Kubang Kerian, membuat laporan polis berhubung isu kalimah Allah yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Binjai dekat sini kira-kira pukul 9.45 pagi dan dihadiri hampir 100 penyokong yang tidak berpuas hati terhadap tuntutan Guan Eng itu supaya kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-hafiz berkata, laporan itu dibuat supaya polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan Guan Eng yang menyentuh sentimen agama umat Islam selain kemungkinan ada agenda lain di sebalik tuntutan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment