My Add

Tuesday 8 January 2013

Kalimah Allah: Sultan Selangor arah MAIS ambil tindakan tegas

Oleh HELMI MOHD. FOAD

SHAH ALAM, SELASA, 08 Januari, 2013: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan fatwa berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah.

Baginda amat kesal kerana titah baginda dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan semula sedangkan tiga tahun lalu, titah yang sama pernah dikeluarkan berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Justeru, baginda membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana fatwa yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010.

Titah baginda tersebut dikeluarkan melalui kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Misri Idris di sini hari ini.

Melalui kenyataan itu, Sultan Selangor melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua kitab Bible berbahasa Melayu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment