My Add

Friday 18 January 2013

Kandungan tar dan nikotin dalam rokok dikurangkan

SEREMBAN, JUMAAT, 18 Januari, 2012: Kerajaan bercadang mahu menetapkan pengurangan kandungan tar dan nikotin dalam rokok sebagai usaha mengatasi penyakit berpunca daripada bahan tembakau itu mulai pertengahan tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan itu dibuat turut menyasarkan usaha kerajaan mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat.

"Perkara ini telah dibincang bersama syarikat-syarikat tembakau dan dijangka akan dilaksana pada Jun tahun ini selepas pengumuman mengenai perlaksanaannya pada Mei nanti.

"Pengurangan kandungan tar dan nikotin dalam rokok ini oleh syarikat-syarikat tembakau akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh yang kita akan tetapkan nanti,'' katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Magnum Cares 2013 di Pusat Hemodialisis Mawar, di sini hari ini.

Tambah Tiong Lai, kandungan sebatang rokok di negara ini ketika ini tidak melebihi daripada 20 miligram (mg) tar serta 1.5 mg nikotin dan kandungan itu akan dikurangkan selepas kerajaan menetapkannya nanti.

"Pengurangan ini dibuat secara berperingkat sebagai contoh daripada 20mg tar akan turun kepada 15mg dan seterusnya 10mg. Pengurangan kandungan ini kita akan umumkan Mei nanti,'' ujar beliau.

Katanya, kementeriannya juga meminta syarikat-syarikat tembakau mendaftar setiap jenama rokok agar dapat memenuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti kandungan tar dan nikotin. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment