My Add

Sunday 20 January 2013

Kebangkitan rakyat: Tuduhan ke atas 379 rakyat Mesir digugurkan

KAHERAH, AHAD, 20 Januari, 2013: Sebuah mahkamah Mesir di sini semalam menggugurkan pendakwaan kes ke atas 379 orang yang dituduh terbabit dalam pertempuran dengan polis semasa demonstrasi berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri pada November 2011.

Dalam kejadian di Mohamed Mahmoud Street, seramai 42 penunjuk perasaan terbunuh.

Keputusan mahkamah itu adalah bersandarkan kepada pengampunan yang ditawarkan Presiden Mesir, Mohammed Mursi kepada mereka yang menghadapi tuduhan berkaitan peristiwa semasa dan selepas kebangkitan rakyat pada 2011 yang menyaksikan pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak, berakhir. - REUTERS

No comments:

Post a Comment