My Add

Saturday 19 January 2013

Kehadiran Komando disiasat

Oleh SYUKRI SHAARI

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Tentera Darat sedang melakukan siasatan berhubung isu kehadiran pasukan Rejimen 21 Grup Gerak Khas ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, bagaimanapun beliau tidak boleh membuat kenyataan atau keputusan awal tentang perkara itu tanpa sebarang maklumat lengkap mengenainya.

"Tentera Darat sedang siasat, jadi tunggulah kemudian, kita akan beritahu nanti. Saya tidak boleh terus memberikan kenyataan tanpa maklumat terperinci tentang apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.

"Kita akan cuba melaksanakan siasatan berhubung isu tersebut secepat mungkin," katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Plak Ahli Kehormat Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) kepada Panglima Tentera Darat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment