My Add

Tuesday 15 January 2013

Kekalkan toleransi, hormat menghormati - Tuanku Muhriz

 *TUANKU Muhriz Tuanku Munawir (tengah) berkenan memberi tabik hormat kepada barisan kawalan kehormatan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-65 di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.

KUALA PILAH, ISNIN, 14 Januari, 2013: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menyeru seluruh lapisan rakyat negeri ini mengekalkan sikap toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Baginda bertitah, keharmonian dan kedamaian yang dikecapi hari ini adalah berkat persefahaman dan perpaduan seluruh rakyat.

"Sesungguhnya negara dan negeri ini adalah milik kita semua. Jagalah tingkahlaku serta hindarilah sikap yang boleh memporak-peranda sistem dan nilai kehidupan yang sedia ada," titah baginda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment