My Add

Sunday 27 January 2013

Keluarga mangsa tuntut pampasan tragedi In Amenas

TELOK KEMANG, SABTU, 26 Januari, 2013: Keluarga rakyat Malaysia, Tan Ping Wee yang disahkan terbunuh semasa krisis tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, Algeria merayu kerajaan negara ini menuntut pampasan daripada kerajaan negara itu berhubung tragedi tersebut.

Bapa mertuanya, Koh Eng Hong, 70, berkata, keluarganya berhak menerima pampasan berkenaan apabila menantunya itu terbunuh selepas misi menyelamat mangsa tebusan yang sepatutnya berakhir dengan selamat bertukar tragedi dan kematian.

‘‘Saya berharap Wisma Putra dapat membantu kami untuk menuntut pampasan itu daripada kerajaan Algeria.

‘‘Kami kehilangan orang yang disayangi dan berharap keluarganya tidak terus bersedih dan terjejas disebabkan kejadian yang berlaku itu," katanya ketika ditemui di rumah anak perempuannya, Koh Siow Mun, di Taman Bukit Samudera, Port Dickson, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment