My Add

Sunday 13 January 2013

Kerajaan BN sentiasa berlaku adil kepada semua kaum: Najib

 *NAJIB beramah mesra dengan orang awam selepas meluangkan masa bersarapan bersama hampir 500 rakyat di emporium makan Pasar Jawa Klang. - Foto NSTP/Osman Adnan

KLANG, AHAD, 13 Januari, 2013: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada semua lapisan kaum dan masyarakat di negara ini dengan membuka sepenuhnya peluang untuk mereka mengecapi kemakmuran negara.

Berucap pada majlis Pesta Ponggal bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, masyarakat India di negara ini sudah maju dengan ada yang bejaya menjadi peniaga berjaya, peguam, akauntan dan jurutera membuktikan kerajaan BN sentiasa menjaga kepentingan semua kaum termasuk kaum India di negara ini.

Beliau juga berharap masyarakat India tidak menjadi mangsa ditipu kali kedua oleh pembangkang yang hanya pandai membuat janji tetapi tidak ditepati.

"Cukup sekali kita ditiupu tetapi jangan biarkan kita ditipu kali kedua. Jangan biarkan (pihak lain) merendahkan kemampuan masyarakat India berfikir kerana kaum India di negara ini sudah mampu berfikir dan rasional.

"Adakah kerajaan Selangor ketika ini lebih baik dari dulu. Mereka buat janji tapi elek pochik (tiada). Atas dasar nambike BN kita akan pastikan segala janji yang dibuat BN akan ditepati dan menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

 *NAJIB menikmati sarapan pagi bersama peniaga dalam program ramah mesra di emporium Makan Klang, hari ini. Najib hadir ke program seterusnya di Pesta Ponggal dekat Pasar Jawa, Klang. - Foto Osman Adnan
Perdana Menteri meluangkan masa bersarapan bersama hampir 500 rakyat di emporium makan Pasar Jawa Klang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi memesan rojak selain dijamu juadah termasuk lontong dan mee Jawa.
Sejurus bersarapan beliau sempat meninjau dan beramah mesraa dengan hampir 50 peniaga di Emporium Makan Llang, berhadapan dengan Pasar Jawa. - BH

No comments:

Post a Comment