My Add

Tuesday 15 January 2013

Kerajaan iktiraf Pesta Ponggal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Pesta menuai atau lebih dikenali sebagai sambutan Ponggal kini telah ditakwimkan sebagai antara acara rasmi kerajaan bagi setiap negeri di negara ini, selain akan dikenali sebagai Tahun Baru Tamil bagi seluruh masyarakat India di Malaysia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, rakyat Malaysia perlu menghayati perayaan Ponggal yang disambut masyarakat India di negara ini bagi memupuk semangat bersatu padu, selaras inisiatif 1Malaysia yang didukung kerajaan.

Jelasnya, melalui sambutan perayaan seperti ini akan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa, selain membantu mereka memahami budaya serta warisan kaum-kaum lain.

“Selepas ini, perayaan Ponggal juga harus difahami dan dihayati seperti perayaan-perayaan besar yang lain seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Haji, Hari Krismas serta Deepavali. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment