My Add

Tuesday 15 January 2013

Kerajaan Kedah tarik balik larangan artis wanita buat persembahan

ALOR SETAR, SELASA, 15 Januari, 2013: Kerajaan PAS Kedah menarik semula larangan dibuat terhadap persembahan membabitkan artis wanita yang sebelum ini ditetapkan melalui garis panduan penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' di sini.

Penarikan semula ketetapan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, melalui satu kenyataan yang dihantar ke pejabat media, di sini, pagi ini.

Melalui kenyataan itu, Azizan menegaskan program terbabit boleh diteruskan dan penganjur hendaklah memastikan setiap peserta terbabit dalam persembahan pentas sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak dan dewasa) mesti berpakaian sopan dan tidak mencolok mata.

Arahan terbaru itu sekali gus bertentangan dengan ketetapan dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib, bertarikh 9 Januari lalu, melalui garis panduan persembahan hiburan terbuka merujuk penganjuran program terbabit yang dijadual berlangsung di Star Walk Alor Setar malam ini.

Antara isi kandungannya termasuk hanya artis lelaki dibenarkan membuat persembahan nyanyian atau tarian, manakala untuk artis wanita pula hanya di peringkat persekolahan menengah saja dibenar membuat persembahan.

Malah, ketetapan itu turut menegaskan jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak menghentikan program dijalankan serta-merta. - BH

No comments:

Post a Comment