Kerajaan komited dalam usaha berterusan membantu kaum India: Najib
KUALA LUMPUR:, SABTU, 26 Januari, 2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu semua penganut Hindu di Malaysia maklum bahawa kerajaan komited dalam meneruskan usaha meningkatkan kehidupan kaum India.
Dalam entri terkini Blog 1Malaysia bertajuk Thaipusam 2013, Najib berkata, kerajaan akan membantu semua penganut Hindu di Malaysia dan bekerja bersama-sama ke arah mengatasi cabaran yang dihadapi serta mengecapi kejayaan yang diusahakan.
Najib berkata, menerusi 'nambikei' atau kepercayaan yang berterusan antara kerajaan dan rakyat, segala perancangan yang diatur kerajaan kepada kaum India sudah tentu akan dapat dicapai.
"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Thaipusam esok kepada semua kaum Hindu di Malaysia," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment